About Me

My photo
Shah Alam, Selangor, Malaysia
skype : beebome ...... twitter : beebome

Friday, February 22, 2013

TipS MenJadi SeoraNg Yg RomAntiK!!



TipS MenJadi SeoraNg Yg RomAntiK!!

1. Jangan segan silu meluahkan rasa sayang kamu pada si Dia. Tapi biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas. Jangan hipokrit tau!

2. Jika si dia merajuk, tak salah kalu kamu memujuknya. Hati cepat sejuk bila mendengar pujukan kamu.

3. Renungi mata si dia bila kamu berhadapan dengannya. Pastikan si dia menyedari cahaya cinta melalui mata kamu. 

4. Bercakap secara lembut dengan nada suara yang rendah dan teratur. Elakkan dari meninggikan suara atau ketawa dengan kuat. Biarlah menjadi 'soft-spoken'.

5. Sentiasa memimpin tangan si dia ketika berjalan seiringan. Biarlah si dia rasa selamat berada di sisi kamu.

6. Sesekali apa kata kalau kamu membelikan si dia hadiah istimewa buat si dia. Biarpun murah, janji pemberian itu ikhlas.

7. Sering mengambil berat akan si dia tapi janganlah sampai mengongkong. Nanti si dia akan boring dengan sikap kamu itu.

8. Selalu berpakaian sedondon ketika keluar bersama. Contohnya, jika si dia pakai baju merah, kamu pun turut memakai pakaian berwarna merah.

9. Kunjungi tempat-tempat yang boleh menimbulkan mood yang romantik. Contohnya di tepi pantai atau kawasan peranginan.

10. Lemparkan senyuman yang paling manis buatnya ketika berjumpa. Pastikan senyuman itu mampu mencairkan hatinya.

Thursday, February 21, 2013

10 hadiah yang paling senang



Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya.

Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua..


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

pujuk lah sangattt!!! ~~



tIPs MemUjUk!! -

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan? Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.



1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.


3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.



Bagaimana nak pujuk?



Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Tentang Perempuan -



Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Tentang Perempuan - 

Lelaki perlu tahu yang perempuan:



1.Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. 

2.Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala. 

3.Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM. 

4.Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. 

5.Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah. 

6.Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. 

7.Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum. 

8.Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai. 

9.Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. 

10.Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya!.



“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah.WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”.

10 perkara buat lelaki sedar -



10 perkara buat lelaki sedar - 





1. Saat teman wanita atau isteri memasakkan makanan kesukaannya. 

2. Saat wanita berpura-pura menikmati acara bola sepak kegemarannya, padahal dia tahu bahawa wanita yang didampinginya itu lebih suka menonton filem-filem berunsurkan kisah percintaan. 

3. Saat wanita yang biasa didampinginya tiba-tiba muncul tanpa diduga olehnya hanya untuk menonton mereka bermain bola sepak atau bowling. 

4.Saat wanita yang biasa didampingi menghilang dari kehidupannya. Ketika inilah lelaki akan sedar bahawa mereka sebenarnya amat memerlukan wanita di samping dirinya. 

5. Saat lelaki melihat mata wanita dipenuhi air mata bahagia, ketika mereka mengucapkan, "Sayang, aku cinta padamu..." 

6. Saat wanita membelikan tali leher yang sudah lama menjadi perhatiannya. 

7. Saat wanita lebih memilih dirinya daripada lelaki lain yang sama-sama dekat dengan anda. 

8. Saat wanita menelefon dan hanya untuk mengatakan, "Aku mencintaimu". 

9. Saat wanita mengandaikan merekalah yang dapat menyelesaikan persoalannya. 

10.Saat wanita mengajak mereka menemaninya untuk berjumpa doctor hanya kerana dia mengadu sakit.

Jika aku ....



YA ALLAH jika aku jatuh cinta cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU untuk mencintai-MU   
YA ALLAH jika aku jatuh cinta jagalah cintaku padanya agar melebihi cintaku pada-MU   
YA ALLAH jika aku jatuh cinta izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu   
YA ALLAH jika aku jatuh cinta jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-MU   
YA ALLAH sesungguhnya aku bermohon pada-MU untuk selalu mencintai-MU


selamanya sayang awak .. <3

Kenape sukar untuk setia,,,???


bile kite mbincangkan tentang topik cinta & setia,rasenye aku pown xtao pihak mane yg perlu dpersalahkan....Lelaki ato Pompuan...??tp rase2nye lelaki ato pompuan 2 sumenye same je...maseng2 ade sikap & ego tersendiri...kadang2 org yg dah bercinta memakan mase bertaon2 pown bole je terputus hubungan di tgh jalan...
tapi ape yg mbuatkan aku tertnye2..ape yg mbuatkan ssowg 2 sggup bsikap curang...?? knape adenye istilah CURANG...???knape xbole je twos trang bile ssowg pasangan 2 dah mule mnyukai org laen...??? haaa....tu laaa..namanya manusia..bagi dorg,ade je yg xkene & cacat cela di mate dorg...
kalo bagi pasangan yg maseh blom bkawen 2...aku rase takpe la lagi..tapi lao utk aku..mmg mendapat la lao "LAKI" aku buat hal..hahah..hurrmmm..bagi pasangan yg dah pown btaon2 brumah tgga...??? knape perkare spt xstia & curang maseh bole blaku..??? x kukuh lagi ke pasaan cinta & kaseh sayang yg dorg bina slame ni..?? knape..? knape bole jd bgitu..???
adekah sebab suda terbit pasaan bosan terhadap pasangan maseng2..?? yang aku plik mcmane pula bole timbul rase bosan..sedangkan dorg dah mnyulam rase cinta & sayang sekian lame...? bukan ke hubungan yg pade mulenye di bina 2 brlandaskan cinta & kaseh sayang..? bab kate pepatah.."habes madu sepah di buang"...aku rase kite ni sbgai manusia kenelah banyak bp'k dgn ape yg kite nak buat..kite kenelah p'k kan samada ape yg bakal kite lakukan 2 nanti akn mlukai hati insan laen ato x...
kalo bole kite sbgai manusia jgnlah smpai sggop myakitkan & mlukai hati org laen...cube bayagkan..kalo pasangan korg sendiri yg curang shingge mlukai hati korg..?? bagaimane rasenye..? tentu saket bukan..??
bagi yg dilukai aku harap jgnlah smpai ade yg bdendam..biakanlah pkare yg blalu,twos blalu...kalo ade org bdendam dgn kite nanti..takowt hidup kite xkan aman & tenang...dan xgune kalo nyesal di kmudian hari...sesal dahulu pndapat..sesal kmudian xde gune lagi..
bgaimane agaknye utk mgekalkan kaseh & sayang dalam diri ssowg 2..?? dan ade baeknye kite twos stia dari mmsang cinta laen...mmsang lebey dari sowg...hurrrmmm..bukannye untung ape2 pown..dgn bsikap curang 2..akn lebey mmningkan kpale..Nasehat ku..setialah pade yg 1 bukannye susah pown nk stia...